Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku (2017) TV3



  • Tajuk : Lelaki Itu Pemilik Hatiku
    Mula Tayangan : 31 Oktober 2017
    Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 7.00 Malam
    Siaran : Slot Akasia TV3
    Terbitan : A. Aida Production Sdn Bhd
    Jumlah Episod: 32
     
    Pelakon : Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Natasya Mahyan, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Dilla Ahmad, Jaja Iliyes, Ariff Aziz, Anne Arifin, Adiba Yunus, Shahriza Mahmud, Norlie Tamam, Ennie Sulastri, Fad Anuar, Sofea
     
    LAGU TEMA / OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
    Wany Hasrita – Menahan Rindu
     
    SINOPSIS LELAKI ITU PEMILIK HATIKU
    Kisah Luqman Hakimi, anak orang kaya yang cuba memikat hati Nurin Kamila.
     
    Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan ibunya.
     
    Luke jatuh hati terhadap Nurin, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea.
     
    Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
     
    Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
     
    Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

    Tonton Lelaki Itu Pemilik Hatiku

    Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
    Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
    Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
    Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
    Episod 29Episod 30Episod 31Episod 32

    Download Lelaki Itu Pemilik Hatiku

    Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
    Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
    Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
    Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
    Episod 29Episod 30Episod 31Episod 32
    Add your comment