Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh (2019) Astro Ria



Tajuk : Patah Sayap Bertongkat Paruh
Mula Tayangan : 3 April 2019
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran : Slot MegaDrama (Astro Ria)
Terbitan : Zeel Production Sdn Bhd
Jumlah Episod: 14

Pelakon: Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Aman Aziz, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Jasmin Hamid, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem 

SINOPSIS PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH
Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya, Hisyam. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya. 

Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Tonton Patah Sayap Bertongkat

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14

Download Patah Sayap Bertongkat

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Add your comment